Friday, November 04, 2011

Resepi Simple - Aiskrim OREO


Korang semua mesti gemar makan aiskrim kan.. yuu pun suka.. tapi, selalu beli yang murah murah je.. nak beli yang mahal mahal, rasa sayang je nak keluarkan duit semata mata untuk membeli aiskrim =p

tapi, kalau beli yang murah , tak sedap sangat. kalau beli yang mahal pulak, errr.. *dah jawab tadi dah..
tu pasal lah. yuu rasa, better kita buat sendiri je! kita boleh buat mengikut cita rasa sendiri. dan boleh makan sepuas puas nya sampai muntah! *kenape pulak muntah!!

okeh, resepi aiskrim OREO yang yuu bagi ni, simple je yuu rasa. sesuai lah untuk orang busy  macam yuu ni. *busy ke pemalas! haha 
korang pun boleh cuba ok! puas hati kot bila dapat makan aiskrim yang kita sendiri buat.


bahan bahan yang diperlukan:


- 2 1/2  cawan full cream milk. ( yuu guna susu Dutch Lady ) 
- Biskut oreo, kalau tak ade, cream- o pun boleh.. kalau tak ade jugak, tak payah buat aiskrim la! =p
- 2 1/2 cawan creamer. Aku guna Coffee Mate atau pun boleh guna susu tepung je kalau tak ade coffee mate. 
- perasa vanila 
- gula (tak ade pun tak pe sebab biskut Oreo tu dah manis)

cara- cara membuat :


pergi ambil pengisar, masuk kan Susu Penuh Berkrim dan Coffee Mate. masuk kan sedikit gula (kalau perlu) dan masuk kan sedikit pewarna vanila.  lepas tu, blend dalam 3- 5 minit.

kemudian, masuk kan OREO dalam 2-3 keping. kalau yuu, yuu masuk kan 5 keping! baru sodap!
lepas tu, blend la lagi sampai sebati kalau tak nak sebati pun takpe.. nanti biskut tu tak hancur sangat. lagi sodap! ahaks

after that, masuk kan dalam peti sejuk beku lebih kurang dalam 2 jam atau pun sebelum membeku. keluarkan dan patah patah kan biskut OREO yang selebih nya tadi.. dan campur kan dalam aiskrim.

Masukkan dalam peti sejuk beku selama 8 jam atau pun semalaman. Siap untuk di telan!!

untuk hiasan, biskut oreo yang sekeping sekeping tu, korang boleh letak kat keliling aiskrim tu. nak cucuk ke. ikot kreativiti la! yang penting, dah jadi dah aiskrim korang! hee =p


best nye kalau dapat yang ni!!! ihsan abg google

hah! try la .. ape lagi! =p

13 comments:

PeJuAnG CinTa said...

nak !! nak !!! nak !!! terliur ~

rainyscream said...

nakkkkkkk!!! terliur dah.. :adess

Cik YuU said...

@PeJuAnG CinTa buat sendiri.. lalala

Cik YuU said...

@rainyscream kak yenis, lepas dah buat pos kat yuu tau :hihi

ceritasekupang said...

nampak sedap...terliur dah ni... :tlg nak sikit

Cik YuU said...

@ceritasekupang .. nak ke? buat sendiri ye.. tu resepi dah ade dah tu.. :nono

wancooldina said...

@DiNa;nampak pun dah sedap. kalau dapat rasa mesti best.

Norashiqin Kamaruzaman said...

hoho...okes, camtu upenye...tayah ketuk2 eyhh XD...wakaka...ok thanx yuyu t BL nk try =D

Jejaka Terhangat said...

wah, senang je buat eskrim ni rupanya. nanti bile2 bleh la try buat. hehe..thanks share cara buat dia ye cik yuyu. :D

Yasmin Zahirah said...

myn nk tryy ,, hehehe yuu try la resepi ice blended myn

MFH said...

Coffee mate tu nak kena bancuh dulu ke or terus campur serbuk coffe mate tu dgn susu.

Yuu Hidayu said...

@MFH err MFH?

Anonymous said...

Nanti i cuba buat

Lagi Dari Yuu