Wednesday, May 16, 2012

Bila Ada Dibenci. Bila Tiada Dirindui.

Assalamualaikum,


Ini kisah semasa aku masih sekolah rendah. Darjah 6. Dia..  Dia seorang guru. Guru sains. Aku dan kawan-kawan sekelasku kebanyakannya tak suka kat dia. Sebab,dia suka kata kami budak kampung. Antara ayat dia yang aku masih ingat sampai sekarang, 'Balik kampung, tanam jagung'.

Bila kami dapat result teruk sikit, dia akan perli-perli. Dia cakap, 'nanti dah habis UPSR, sambung belajar kat mana? Sekolah Labuuuuu...' Dia tanya, dia jawab sendiri. Aku selalu rasa tercabar dengan kata-kata dia.


Fyi, sekolah labu tu sekolah menengah yang paling terdekat . Dalam fikiran kitorang yang masih kanak-kanak, yang dapat result tak berapa bagus je masuk sekolah Labu tu. So, aku taknak sambung kat situ. Nak masuk SBP ataupun MRSM. Barulah gempak.


Lepas dah habis UPSR, makin kerap aku dan kawan-kawan gaduh dengan dia. Macam-macam kes. Jahat sungguh aku ni dulu. Kaki gaduh!




Bila dapat result UPSR, aku dapat sains A. Aku pergi jumpa dia. Aku kata kat dia. "Cikgu., kenapa sains saya dapat A?" Ciss.. belagak! Bukan apa.. sebab sebelum tu, dia ada kata nak suruh kawan dia(pemeriksa kertas) tolak markah sains aku. Siap amek angka giliran pulak tu. (time tu gadoh ngan dia)


Sebelum masuk sekolah menengah, aku ada jugak mintak maaf dengan die. Tapi, macam main-main je. Tak ikhlas rasanya. Lepas tu, aku macam lost contact dengan dia.

Bila aku dah form 2, aku dapat berita yang cikgu aku yang bernama MOHAMED RADZI BIN KAMAL dah meninggal dunia. Meninggal sebab jatuh dari bukit yang didaki. Kepala terhantuk kat batu. Ikot kem budak sekolah. (sebab tu aku tak suke panjat bukit.. sebab aku akan teringat kat dia) Aku terkejut. Tak sangka. Kalau dipanjangkan lagi masa, aku nak pergi mintak maaf kat dia.

Tapi,

Dah terlambat. Menangis.

Manusia, bila dah berlaku sesuatu, baru nak menyesal kan?

Dulu budak-budak memang tak pikir. Arwah tu perli-perli bersebab. Setiap tindakan dia bersebab. Tapi, baru sekarang aku faham tindakan dia tu. Bayangkan kalau dia tak buat macam tu, result sains aku mesti takkan dapat A waktu UPSR dulu. Sebab aku memang tak pernah minat sains. Darjah 4 dengan 5, subjek sains aku tak pernah lulus pun. So, itu mungkin strategi arwah untuk menyelamatkan aku dan kawan-kawan. Besarnya jasa seorang cikgu.


Tak ada cikgu yang tak sayang kat pelajarnya. Selamat hari guru cikgu. Kalau lah cikgu boleh baca blog saya ni.. Saya nak ucapkan selamat hari guru kat cikgu.. :')

Semoga cikgu berbahagia disana.

Al fatihah.

P/s: Cikgu yang ajar saya buat email. Sejak sekolah rendah saya dah ada email sendiri. Terima kasih cikgu.  :'(

5 comments:

man said...

Seorang guru sentiasa dihormati..

Sally Yatiey said...

Sedihnya. Begitu besar jasa seorang guru ni.

BuDaK KaMPuNG said...

(T~T) . . .

Eija Hassan said...

jasa cikgu banyak sangat.cuma kita je selalu buat2 tak nampak.huu~

Aishah Jahirah said...

benda dah lepas...buat pengajaran...time kecik biasalah mana tahu kebaikan sebaliknya.

Lagi Dari Yuu