Assalamualaikum,
Alhamdulillah, syukur kepada Allah kita masih dapat bertemu dengan Ramadhan pada tahun ini. Syukur sangat-sangat Allah masih panjangkan umur kita untuk kita beribadat kepadaNya. Harap kita bersama-sama manfaatkan Ramadhan pada kali ini ya?
Dulu waktu kecik-kecik dulu, seawal umur 5 tahun aku dah mula berpuasa dah. Sebab time tu nenek sedara aku menjanjikan duit raya RM10 kalau cucu-cucu dia puasa penuh. Memang semangatlah nak puasa sebab yelah, RM10.. besor tu! Haha. Boleh dikatakan setiap tahun dapatlah RM10 tu walaupun sebenarnya ada jugak curik-curik makan+ minum air. Haha. Tu kecik-kecik dulu. Sekarang takde dah wei.
Mak aku pulak, kalau ada anak-anak dia yang tak puasa, mak tak bagi bukak puasa sama-sama. Kena duduk asing-asing. Sedih tau tak? Haha. Rasa macam tak disayangi. Sebab tu haruslah berpuasa waktu kecik-kecik dulu. Duit? Mak tak pernah menjanjikan duit. Sebab mak taknak anak-anak emak puasa sebab nak duit. :')
Dah besor-besor ni, janganlah ikut lagi perangai waktu kecik-kecik dulu. Puasa sebab,
"Orang lain puasa, aku pun haruslah puasa" .
"Malulah beb kalau aku tak puasa, hilang macho beb".
Mohon jangan ye kawan-kawan. Puasa kerana Allah. Puasa kerana kita nak tunaikan kewajiban dan beribadat kepada Allah. :')

Ramadhan ialah medan untuk mendidik nafsu agar tunduk kepada wahyu, maka perkara yang paling utama perlu dijaga dalam bulan ini ialah mengawal nafsu seperti nafsu makan, nafsu jawatan, nafsu harta, nafsu pangkat, nafsu pengaruh, nafsu internet, nafsu popular, nafsu tidur, nafsu malas, nafsu shopping, nafsu suka membid'ahkan orang dan lain-lain nafsu. Kalau dalam bulan yang syaitan 'diikat' ini pun kita masih gagal memanfaatkan peluang yang diberi untuk mendidik nafsu maka rugilah jiwa yang akan berterusan menjadi hamba kepada nafsunya.....Sabda Rasulullah saw:"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."




8 Comment:
selamat berpose!
psstt..comel la monster kat header tu :D
didiklah 9 nafsu tuh k? hehe
tak sangka yuyut suka curi2 makan dulu masa kecik2..
memang rasa terasing sangat bila waktu "berbuka" tu makan asing2.. XD
salam ramadhan !
:)
Singgah sini , salam kenal dari BP
kindly visit my blog : http://senyumindah90.blogspot.com/
Thanks :D
selamat berpuasa
minta2 jauh la drp riak tu ye..pendek kata jgn update status di facebook ttg amal ibadat kita. khakhakhak.
moga ramadhan kali ini lebih baik dari yang lepas :)
http://oh-sembangsembang.blogspot.com/2012/07/tanggungjawab-seorang-isteri-kepada.html
Post a Comment