Sunday, December 20, 2015

BBM3410 - Ketika dan Kalimat

Bismillah,

Alhamdulillah, berakhir juga semester 5 ni (tinggal final exam je lagi). Dan berakhir jugalah kursus BBM3410 Bahasa Dalam Multimedia. Happy dan sedih bercampur baur kot. Sob sob.

Sem ni lah kawan-kawan asyik duk perli.., "Yuu, kau ni budak Bahasa Melayu ke budak Multimedia?"

Haha. Mana tidaknya, kerja aku asyik duk ngadap photoshop, photoshop, photoshop, movie maker. Ngeh. Apa boleh buat kawan, dah minat kan. Sampai ada yang cakap aku ni salah ambil kos. Haha. Yang itu, tak kot kawan. Sebab ilmu ni, takde tersalah-salahnye kan. Belajar je lah apa-apa pun. Terlebih-terkurang, semua tu ilmu. :)

Ahem, sebelum aku ambil kursus ni pun aku ni memang dah jadi designer dah pun (walaupun tak bertauliah) sebab aku memang ambil upah design poster, banting, banner dan sebagainya, satu design RM30 je aku ambil. Alhamdulillah, bolehlah buat tambah tambah duit belanja. Kalau ada event kolej, kadang-kadang aku buatkan poster. Macam teater kami untuk minor Seni Persembahan ni, poster semua aku yang uruskan. No hal. Hihi.

So, disebabkan aku dah biasa dengan edit mengedit ni, aku takda masalah sangat dengan kursus ni. Kawan-kawan pun banyak tanya kat aku pasal itu ini. Masa kelas amali, aku bukan dapat duduk kat komputer buat kerja aku sangat. Ada saja yang memanggil. Haha.

Tapi serius. Kursus BBM3410 ni adalah kursus major yang paling seronok sekali. Sebab jenis kepala aku ni, jenis kepala amali. Bukan kepala teori. Teori teori ni aku tak dapat hadam sangat kekadang. Sebab tu memang henjoy terlebih dengan kursus ni. Sampai orang lain sangkakan budak Multimedialah. Haha. 

Sepanjang aku bersama dengan F4, sepanjang kami terima begitu banyak tugasan, kami selalu ada masalah dengan sesuatu yang bernama "Masa". Iya, masa. Ada yang boleh nak shooting hari ini. Ada yang tak boleh. Ada yang boleh hari itu. Ada yang tak boleh. Sampaikan konflik mula timbul. Masa asyik dapat tugasan one shot video dulu, mak Adah pulak sakit. Masuk hospital. Masa ni aku sedar, ni semua ujian untuk kumpulan kami.  Bagaimana untuk kami cari jalan penyelesaian. Bagaimana untuk kami siapkan tugasan dalam waktu yang telah ditetapkan. Adakah kami akan faham masing masing atau tidak. Alhamdulillah, walaupun begitu banyak konflik berlaku, kita (F4) masih berdiri dengan kukuh dan dapat siapkan tugasan dengan ohhhsem kan? Nak menghasilkan satu satu video kadang kadang bikin nangis. Tapi, segalanya berbayar bila kita present di depan, dan orang yang menonton suka tengok. Heee. Kan kan?

Aku mula faham, nak bekerja dalam produksi, bukanlah perkara yang mudah. Kalau sebelum ni, aku cuma lihat hasil terakhir sesuatu produksi di pawagam atau pun TV. Lepas tu pandai aku kritik. Pot pet pot pet mulut aku dok kritik sambil menonton. Padahal, aku tak tahu kerja-kerja produksi tersebut sebelum ni macam mana. Entah-entah diorang pun nangis nangis nak bikin. haha. So sekarang, bila aku sendiri dah merasa bekerja dalam produksi, barulah aku tau macam mana susahnya nak menghasilkan sesuatu yang buat orang suka menontonnya. Bila orang komen tak ok, pandai pulak tacing. Eh taklah. guwa hati kayu. Tak kuasalah nak tacing tacing ni. Perempuan sangat. Apapun, lepas ni aku akan hargai hasil orang lain. Sebab aku faham. Semua orang nakkan yang terbaik. Komen atau kritikan itu perlu, tapi membina la. Lagi lagi untuk menaikkan mutu perfileman negara kita ni. Pehhhh gitewwww~

Dr.Normaliza pulak nampak je macam tegas. Tapi memang tegas pun. Haha. Aku memang dari awal suka dengan cara Dr.N ni. Sebab kepala dia sama kepala praktikal macam aku ni ha. So, memang boleh masuk. Haha. Kelas Dr.N pun aku tak pernah ponteng atau datang lewat. Yang tak pernah masuk lewat tu sebab dia dah ugut dah. Pukul 10 tepat je, dia kunci pintu. Kahkah. Dan dia memang betul-betul buat. The seniors la kena. Tak pasal pasal tak dapat present video hari kejadian. Memang mengharukanlah guwa cakap. Ada lagi ke yang nak datang lewat lepas tu? Kau rasa? Kahkahkah

Lepas tu kena update semua kerja dalam blog pulak. Aku ni dah la dah lama tak hapdet blog. Yeah, aku ni memang seorang blogger since 2010 lagi. Dulu memang aktif. Kawan kawan blogger pun ramai. Sampai sekarang masih berhubung rapat lagi. Gathering bagai. Tapi nak update entri tu jarang jarang dah. Entri lama lama pun aku dah private semua. Kihkih. So, bila terpaksa kena hapdet blog ni, macam menarik narik aku untuk kembali blogging macam dulu jugaklah. Mengimbau betul!

Assignment yang paling susah ialah nak dapatkan 10 likes daripada Dr.N untuk gambar yang dipos di Instagram. Huahua. Buktinya, aku cuma berjaya dapat 7 likes saja. Huaaa. Entah berapa banyaklah gambar yang dipos tapi tak ber-like. Sampaikan terfikir jugak. Dr ni nak gambar yang macam mana sebenarnya. Tak paham hakuuu. Tapi yang lawaknya tu, bila dapat notification "drnormaliza liked your photo" , punyalah happy. Melompat lompat kau. Terus screenshot pastu share kat dalam whatsapp group. Kahkah. Jakun dia tu macam tak pernah dapat like daripada sesiapa pun. Gitu.

Alah, sem depan jumpa lagi Dr.N ni dalam kelas Kaedah Penerbitan Drama pulak. So, takde la nak rindu rindu apa sangat pun aih. Takde la sedih sangat dah habis kelas ni sebab aku jangkakan sem depan punya pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan lebih mencabar mungkin? Ah, yang penting, moga lebih henjoy. So, nantikan produksi baru aku sem depan. Ngeh.


Sekian sahaja celoteh panjang lebar daripada seorang Yuu. Maaf jika ada salah silap dalam tutur kata.

Salam sayang.













Friday, December 18, 2015

BBM3410 - Montaj

Bismillah,


Tugasan Berkumpulan

1. Montaj Gambar "Kenangan F4"

Dah, aku malas nak cakap banyak. Boleh bikin nangis woi bila tengok balik . Sob sob. Selamat tinggal Produksi F4!










2. Montaj Video "Kenangan F4"






Tugasan Individu

1. Montaj Gambar "Cenderawasih"

Cenderawasih ni nama untuk Kelab Pantun dan Puisi UPM. Aku selaku Naib Presiden untuk kelab ni. Jujurly memang aku sayang sangat Cenderawasih. Aku sayang dunia pantun aku. Sayang sangat sangat. Sayang ketat ketat . haha lebih lebih pulak.






2. Montaj Video "Blackbox"

Bagi pelajar minor Seni Persembahan, Blackbox ni dah macam rumah kedua kami dah. Kat sini lah kami lepak, makan, tido, buat gila. Haha. Ada satu perasaan bila masuk Blackbox ni; automatik diri akan jadi seperti keanak anakan. Meluncur sana sini, berlari lari. Kahkah.



Thursday, December 17, 2015

BBM3410 - Ulasan Buku

Bismillah,



1. Wacana Bahasa



Buku “Wacana Bahasa” yang dikarang oleh Prof. Madya Dr. Normaliza binti Abd Rahim menekankan aspek analisis wacana yang dapat memberi gambaran yang jelas terhadap wacana bahasa. Maksud istilah wacana ialah keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, dan percakapan. Selain itu, wacana merupakan kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Bahasa pula adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Penulis telah menghimpunkan 9 jenis penulisan dalam buku tersebut mengikut bab.

     Dalam bab 1, membincangkan mengenai teater kanak-kanak yang dikatakan mampu menarik minat pelajar dalam mempelajari bahasa Melayu. Hal ini kerana, teater merupakan salah satu media yang melibatkan karektor dan jalan cerita yang menarik perhatian penonton dan boleh dikategorikan serta satu bentuk perniagaan yang mampu menjana kewangan. Pendedahan teater sangat kurang di peringkat sekolah dan menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu kerana amat jarang sekali dapat menonton persembahan teater tersebut.

            Kajian yang dijalankan memberi fokus kepada pandangan anak-anak yatim terhadap teater kanak-kanak. Objektif kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti pandangan anak-anak yatim yang menonton teater fantasi dan kajian yang dijalankan juga  menganalisis persepsi anak-anak yatim dalam perbincangan bersama kawan lain. Berdasarkan kajian yang dijalankan, satu kesimpulan bahawa pendedahan teater pada golongan kanak-kanak adalah sangat baik berdasarkan kajian yang dijalankan kerana pendedahan terhadap teater memberi ruang untuk berfikir secara kritis dan beberapa kebaikan yang lain.

            Bab 2 ialah Penggunaan Media Teknologi. Penggunaan media teknologi yang memfokuskan pada penggunaan media teknologi pada masa kini dengan pelajar. Media teknologi seperti video kamera dapat memberi ruang kepada pelajar untuk belajar dan mengaplikasikan dengan pembelajaran bahasa ketika di dalam kelas. Oleh itu, aktiviti menggunakan video kamera dapat meningkatkan keyakinan pelajar dalam memberikan pendapat terhadap sesuatu perkara.

            Kajian yang dijalankan bagi tujuan untuk membina keyakinan diri dan dengan menggunakan teknologi media, pembelajaran akan lebih menyakinkan. Objektif dalam kajian pula untuk mengenal pasti langkah-langkah serta membincangkan analisis perbualan pelajar dalam proses membuat aktiviti. Hasilnya, pelajar mempunyai keyakinan yang tinggi dan berjaya memberikan tumpuan dan menerima pandangan yang lain. Pelajar begitu aktif mengendali aktiviti ini dan aktiviti ini perlu diberi tumpuan dan perhatian yang lebih.

         Seterusnya bab 3 pula adalah Penulisan Papan Cerita. Penulis memberikan tumpuan kepada kajian pengenai penulisan papan cerita. Papan cerita adalah merupakan salah satu aktiviti secara individu atau kumpulan dalam menyusun cerita yang ingin disampaikan. Papan cerita bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan pelajar dalam pembelajaran tetapi ia juga dapat memberi ruang kepada pelajar untuk belajar menyusun ayat yang gramatis.

         Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti langkah penyediaan papan cerita serta menganalisis perbualan subjek semasa proses penyediaan papan cerita. Subjek dikehendaki menyediakan langkah-langkah penulisan papan cerita dan akhirnya menerbitkan pantun tersebut dengan berpandukan papan cerita. Hasilnya, masyarakat dapat mengenali semula sastera Melayu lama ini.

       Bab 4 pula adalah kajian mengenai Pantun Melayu. Dalam bab ini memaparkan tentang penggunaan pantun di dalam kelas. Pantun merupakan salah satu genre kesusasteraan Melayu dan juga dipelajari bukan sahaja oleh pelajar di Malaysia malah pelajar dari luar negara. Adalah menjadi kebanggaan apabila pelajar dari luar negara ingin mempelajari pantun Melayu. Oleh itu, pantun dapat memberikan mereka ruang untun berinteraksi dengan rakan yang lain. Kajian ini memberi fokus kepada analisis wacana interaksi pelajar semasa perbincangan kumpulan kecil. Hasilnya, kajian ini dapat memberikan pelajar tersebut untuk mempelajari dan mengenali dengan lebih mendalam berkaitan pantun Melayu.

        Bab 5 pula adalah mengenai Sajak Melayu yang  telah memfokuskan kepada perbincangan tentang penggunaan sajak sebagai salah satu aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Melalui perbincangan pelajar akan dapat memahami setiap baris di dalam sajak yang dikemukakan. Oleh itu, sajak merupakan salah satu cara yang dapat meningkatkan keyakinan pelajar di dalam kelas. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perbualan pelajar dalam membincangkan dua buah sajak oleh A. Samad Said iaitu Jika dan Waris Bertuah. Hasilnya, kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pecinta sajak Melayu moden dan memberikan petunjuk di mana orang luar juga dapat memberikan pendapat mengenai sajak Melayu moden.

          Dalam bab 6, Kata Kerja dalam Cerita Binatang membincangkan berkaitan penggunaan kata kerja dalam cerita binatang. Oleh kerana kanak-kanak di sekolah dapat mengenal kata kerja dalam ayat namun tumpuan adalah kepada pelajar istimewa yang mempunyai sindrom Asperger. Sindrom Asperger merupakan salah satu diagnostik yang diberikan oleh doktor pakar kepada kanak-kanak yang berumur tiga tahun. Selepas itu, kanak-kanak ini akan ditempatkan di sekolah khas bagi tujuan pembelajaran yang berlainan dari kanak-kanak normal. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu untuk mengenal pasti kata kerja serta menganalisis perbualan pelajar sindrom Aspeger di dalam kumpulan. Hasilnya, kajian ini memberi manfaat kepada guru sekolah untuk memberikan ruang yang sesuai untuk pelajar ini menjalankan aktiviti mereka.

         Dalam Bab 7 yang bertajuk Antonim Bahasa Melayu memaparkan tentang penggunaan antonim bahasa Melayu di dalam pembelajaran. Di sekolah antonim disebut sebagai ‘perkataan berlawanan’ dan pelajar amat gemar apabila antonim diajar di dalam bentuk aktiviti di dalam kelas. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti serta membincangkan penggunaan antonim bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing. Hasilnya, pelajar asing perlu sebanyak mungkin perkataan baharu untuk dipelajari dan juga memerlukan contoh yang baik supaya mereka memahami konsep yang disampaikan.

       Di samping itu, dalam Bab 8, tajuk wacana ialah Penerapan Nilai Sosial Melalui Lakonan Cerita, membincangkan tentang penggunaan lakonan cerita dlam mengenal pasti nilai social. Nilai sosial amat penting bagi pelajar sindrom Asperger. Oleh itu, lakonan cerita akan membuatkan mereka memahami dengan lebih baik lagi. Objektif kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti dan menyenaraikan nilai sosial dalam kalanga kanak-kanak sindrom Aspeger. Hasilnya, pelajar faham akan konsep nilai sosial yang disampaikan dalam bentuk lakonan cerita.


      Dan akhir sekali iaitu bab 9 bertajuk Nilai Murni dalam Peribahasa Melayu memfokuskan kepada penggunaan peribahasa Melayu di dalam situasi bersama pelajar di dalam kelas. Selain itu, peribahasa Melayu juga mengandungi nilai murni yang dapat memberi pengajaran kepada masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti serta membincangkan jenis peribahasa yang mengandungi nilai murni dalam kalangan pelajar Korea. Hasilnya, kajian ini dapat memberi manfaat kepada pelajar asing yang mempelajari bahasa Melayu dan budaya Melayu di mana peribahasa merupakan salah satu cara menyampaikan nilai murni ini.





3. Learning Through Blog Writing "Embracing The Technology"





Buku yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Normaliza Abd Rahim ini menceritakan tentang penulisan blog, cara-cara membuat blog, peranan blog dan pelbagai lagi. Terdapat 8 bab dalam buku ini yang dapat memberikan maklumat yang berkesan kepada pembaca yang berminat untuk mendalami dunia "blogging".


     Dalam bab 1, penulis ada menyatakan bahawa blog merupakan sebuah perbincangan dalam bentuk penulisan formal atau tidak formal. Blog juga boleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti perkongsian cerita mengenai kehidupan seharian atau jurnal dan boleh juga digunakan untuk urusan perniagaan. Selain itu, blog dianggap sebagai alat perhubungan penting pada era kini dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada. Bagi meningkatkan teknik penulisan berkesan pelajar digalakkan dengan penulisan blog. Hal ini akan dapat meningkatkan keyakinan pelajar dan secara tidak langsung memberi motivasi kepada mereka. Blog juga dapat memberi pengkongsian kepada pembaca dengan apa yang di tulis oleh pemilik blog melalui komen-komen yang ditinggalkan. Disamping itu, dalam penulisan blog pengguna mestilah mematuhi etika blog agar tidak menimbulkan pergaduhan dan sikap tidak puas hati antara satu sama lain.


     Dalam bab 2 menerangkan mengenai kajian yang dilakukan dalam penulisan blog. Penulis memberitahu bahawa pembelajaran melalui media sosial mendatangkan kelebihan kepada pelajar. Antara kelebihannya ialah memotivasikan pelajar dan dalam masa yang sama kesentrasi yang baik dalam pembelajaran mereka. Biasanya, tugasan akan diurus dengan baik apabila pelajar menggunakan media untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada mereka. Hal ini kerana berbanding dengan pembelajaran tradisional ia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Akan tetapi dalam masa yang sama, pembelajaran melalui media juga mendatangkan keburukan bukan sahaja kebaikan kepada pelajar.


     Selain itu, bab 3 menerangkan mengenai perspektif atau pandangan terhadap pembelajaran blog. Dalam bab ini penulis mengfokuskan terhadap pandangan pelajar terhadap pembelajaran blog dengan mengenal pasti beberapa objektif kajian iaitu membincangkan jenis penulisan yang dipilih oleh pelajar apabila menulis di dalam blog. Penulis telah membahagiakan tiga bahagian bagi mendapatkan keputusan kajian yang berbeza. Dalam masa yang sama penulis menerangkan mengenai penulisan blog sebagai alat pengajaran dalam pembelajaran bahasa kedua dan blog juga banyak membantu pelajar yang mempunyai satu aliran yang sama iaitu kesusateraan melayu, bahasa melayu dan multimedia.



     Dalam bab 4 pula, penulis membincangkan mengenai penulisan dalam blog untuk meningkatkan pembelajaran. Penulis telah membuat kajian ke atas pelajar korea di Hankuk Universiti Foreign, Korea. Objektif kajian ialah mengenal pasti dan membincangkan isi kandungan dalam penulisan blog antara pelajar. Dalam kajian ini, pelajar perlu menulis segala aktiviti semasa mereka. Pelajar memberi kerjasama dalam kajian ini, mereka sangat gembira untuk berkongsi pengalaman, perasaan dan kaedah kepada pembaca yang lain. mereka merasakan dengan penulisan blog dapat membina keyakinan mereka untuk mempelajari bahasa asing.



     Bab 5 pula, penulis berkongsi kisah Autumn dalam penulisan blog. Dalam kajian ini, penulis telah memilih pelajar daripada university Hankuk Foregn , Korea. pelajar diwajibkan menulis cerita berkisarkan aktiviti seharian mereka. Aktiviti tersebut diadakan pada waktu autumn. Penulisan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan yang mestilah terdiri daripada kata abjektif dan kata kerja yang telah mereka sepanjang semester tersebut. Hasil kajian mendapati kesemua pelajar Berjaya menggunakan kata abjektif dan kata kerja yang telah mereka belajar di dalam blog. Selain itu, para pelajar di beri peluang untuk membuat penulisan di dalam blog mereka sendiri dan mereka begitu yakin untuk menggunakan kata abjektif dan kata kata kerja dalam penulisan mereka.



     Ulasan bab 6, tajuk dalam bab ini dilihat agak menarik untuk dikongsian kepada pembaca. Penulis cuba mengetengahkan aspek blog sebagai media pembelajaran bahasa kesusateraan. Objektif kajian ialah mengenal pasti dan menganalisis fungsi blog sebagai medium bahasa dalam pembelajaran bahasa melayu dalam kalangan pelajar korea. hasil kajian ini, mendapati pelajar menggunakan blog sebagai salah satu proses pembelajaran bahasa dan kesusasteraan dengan yakin dan berupaya dalam kesusasteraan melayu. Kajian ini secara tidak langsung telah memberi idea kepada para akademik untuk mempelbagaikan cara pembelajaran dan member peluang kepada pelajar untuk menulis dan terus menulis. Disamping itu, blog juga menjadi medium kepada pengguna untuk melepaskan stress apabila seharian bekerja. Walau bagaimanapun, pemilihan kata-kata yang sopan mestilah dititik beratkan agar tiada pihak yang terguris dengan kenyataan yang dikeluarkan.



     Bab 7 ini pula, penulis mengajak pembaca untuk memulakan blog. Kepada individu yang masih tidak memiliki blog. Langkah pertama ialah pastikan anda mempunyai akaun email dan langkah seterusnya barulah anda membuat blog. Dalam bab in, penulis memberi penjelasan secara terperinci mengenai cara untuk membuka akaun blog. Dengan wujudnya blog, sudah pasti setiap individu akan berkongsi suka duka dalam hidup mereka kepada pengguna blog yang lain.


     Terakhir ialah bab 8, dalam bab ini menerangkan etika dalam penulisan blog. Kata orang tua apabila hendak masuk ke dalam rumah mesti mulakan dengan member salam bagi yang muslim. Begitu juga dengan penulisan blog, untuk menulis dalam blog mesti mematuhi etika. Apa etikanya? Pertama ialah mestilah memilih perkataan. Perkataan yang hendak digunakan semasa penulisan blog mestilah tidak menimbulkan kontrovasi atau menguris mana-mana pihak. Seterusnya, struktur ayat. Ayat yang digunakan tidak berbelit-belit dan sukar untuk difahami oleh pembaca blog yang lain. penulisan blog juga mestilah mematuhi peraturan gramatis. Gramatis dari segi memilihan kata yang gramatis dan mudah difahami. Etika terakhir ialah, sensitibiliti. Maksudnya. Pengguna blog mestilah mengelakkan menulis perkara yang menyentuh sensitibiliti antara satu sama lain. contohnya, perkauman, keagamaan, dan sebagainya kerana bimbang akan berlaku hal yang tidak diingini.



     Kesimpulannya, buku ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai blog. Dunia era globalisasi agak pelik jika seseorang tidak memilii akaun blog. Hal ini kerana semua maklumat di kongsikan dalam blog jadi jika mereka yang tidak memilki blog, mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran. Banyak kajian dilakukan oleh penulis buku ini untuk berkenalan dengan lebih mendalam dunia media (blog). Dalam keseronokan menulis dalam laman blog, etika penulisan blog jangan diabaikan kerana ia memainkan peranan yang sangat penting untuk memelihara hubungan antara satu sama lain dan mengalakkan pelajar berdisplin dalam kehidupan mereka seharian.

Wednesday, December 16, 2015

BBM3410 - Video Wawancara

Bismillah,


Yeah, yang ni pun benda baru jugak aku belajar. Lepas buat video ni, aku pun bandingkan dengan video wawancara yang aku pernah buat sebelum ni untuk kerja lapangan. Beda amat buk!

Kahkahkah. Sebab tu lah aku terlalu enjoy dengan subjek ni. Banyak sangat benda baru yang aku belajar. Lagi-lagi aku memang minat dengan benda-benda macam ni kan. Hihi




Tuesday, December 15, 2015

BBM3410 - Video Parodi (Hantu Kak Limah)

Bismillah,

Haaaa.. video ni aku suka tengok . Kelakor. Hantu Kak Limoh versi alim pulak tu. Pakai telekung. Kihkih.

Masa shoot video ni, kami cuba buat secepat yang mungkin sebab ada aktiviti lain. Nak tengok si Syamil tu ha masuk pertandingan menyanyi. Tapi tak menang. Kahkah

Tempat paling senang untuk shooting, seharusnyalah di Blackbox. Suara pun sedap je bunyi. Ngeh.


Monday, December 14, 2015

BBM3410 - Vine

Bismillah,

Mula mula aku tertanya tanya jugak Vine ni menatang jenis apa. Rupanya dia lebih kurang macam Keek jugak ek. Eh, Keek tau pulak ye. Ngeh.

Ni aku dengan Adah buat cepat cepat jugak ni. Biasalah, dunia sekarang ni semuanya kena cepat. Ye dak? (Padahal terlupa nak buat. Hahaha. Dah masuk kelas baru teringat. Sabar je la)


Maaf ye, kualiti kamera masa ni pasar malam sikit. Hoho

video

Sunday, December 13, 2015

BBM3410 : Poster Nilai Murni (Poster Statik dan Animasi)

Bismillah,

Ni tugasan untuk kami sebelum cuti midsem. Bagi aku yang memang minat buat poster, aku memang seronok melakukan tugasan ini. Hihi. Teruja betul bila kena buat poster animasi tu. Memang perlukan kesabaran yang tinggi sebab kena buat pergerakan tu satu persatu kan. Jujur aku teruja. Haha. So, tengoklah poster tanggungjawab dan mematuhi undang-undang aku buat ni. Taklah cantik mana. Guwa cuma amatur saja. Tapi guwa teruja. Ahaks :D







Saturday, December 12, 2015

BBM3410 - Dubsmash

Bismillah,


Peh, ni pertama kali kot aku main dengan Dubsmash. Selama ni tengok je orang buat. Tapi tak pernah terasa nak buat pun. Tugasan kali ni kira macam Tanpa Rela Aku Terpaksa jugaklah. Hahaha

Tapi, bila tengok berulang ulang kali, macam smart jugak Dubsmash kami ni. Hoho







Friday, December 11, 2015

BBM3410 - Kalendar

Bismillah,

First time buat kalendar. Esaited tu terlebih sikit. Tu pasal setiap muka ada wajah sendiri yang tak berapa nak ayu ni. Kihkih. So layankan ajo la labuu...


















Tangkap gambo kalendar sendiri masa Dr.Normaliza sedang berceloteh. hikhik


















Thursday, December 10, 2015

BBM3410 - Flat Lay Dan Quater Flat Lay

Bismillah,

Dr.N suruh ambil gambar 20 makanan dalam bentuk Quater Flat Lay dan 20 lagi gambar, kena pilih satu jenis barang, gambar harus ditangkap dalam bentuk Flat Lay. Memandangkan group F4 ni ada dua wanita yang cun melecun, maka kami pun memutuskan untuk memilih tudung. Seterusnya tugasan pun dibahagikan dengan adil dan saksamanya iaitu, Shafiq tangkap 10 makanan, Raff tangkap 10 makanan, Aku 10 tudung, Adah 10 tudung. Setel.

Bijak kan kami? Mestilah bijak. Sebab kami suka minum susu.



Wednesday, December 09, 2015

BBM3410 - Jenis-jenis Shot

Bismillah,


Kami ditugaskan untuk tangkap gambar mengikut beberapa jenis shot seperti ;

1. Long Shot
2. Medium Shot
3. Mug Shot
4. Over The Shoulder
5. Full Shot
6. Flat Lay
7. Half Flat Lay
8. Quater Flat Lay
9. Zero Flat Lay
10. Selfie
11. Wefie
12. Ramai-ramai


Sebelum ni taktau pun nama-nama ni semua. Guwa cuma tau tangkap gamba sesuka hati je. Rupanya ada nama eh. Kahkah. 



Tuesday, December 08, 2015

BBM3410 - Instagram

Bismillah,

Tugasan kali ini, agak sukar jugalah bagi aku. Hahaha. Sebab tulah cuma dapat 7/10 je like daripada Dr.N. Huahua. Hashtag tak cukup kelakor, gambar tak pandai amek. So, redho je la ye markah 7 pun. T.T















Monday, December 07, 2015

BBM3410 - One Shot Videos

Bismillah,


1 . One Shot Video "Muara Hati"

Dr.N suruh buat one shot video. Tapi group kami ter-advance pulak. Kami buat one shot 2 layers video. Kahkah. Pawerrr betul F4 ni! Tak pepasal masa lepas present, video F4 jadi contoh kepada yang lain-lain untuk pembikinan video 2 layers pulak minggu seterusnya. Bangga tau hakak.

Ha, dalam video ni, kitorang kena miming satu lagu full. Tak boleh cut tau. So, kalau salah buat, atau miming tak berapa nak cun, kenalah ulang balik. Hewhew. Mula-mula kami plan nak buat lagu Ombak Rindu. Siap dah shoot dah pun lagu tu. Tapi macam tak berapa nak okay ja. Kami pun tukarlah lagu Muara Hati pulak. Mungkin dah memang takdir untuk aku menjadi Siti Nurhalija kan. Apa boleh buat. Hiks.







2. One Shot Video (2 Layers) "Cikgu Ayu"

Lagu Cikgu Ayu ni, Shafiq punya idea. Aku pun follow je lah. Memandangkan aku yang kena jadi cikgu sebab nama aku Ayu kan. Ngeh.

Apa pun memang terbaiklah group F4 ni. Kahkah puji group sendiri!









3. One Shot Video (3 Layers) "Pulangkan"

Nah kau, jadi hantu pulak aku ni. Masa shoot video ni, aku dah rasa macam penat penat sikit sebab banyak kali jugalah kena ulang dan ulang. Dah la tengah panas terik. Berpeluh peluh ketiak den.

Kereta pulak lalu lalang kat situ. Macam dah takde jalan lain pulak.. eeeeee eeeeee.

Kain putih tu, aku rembat mak aku punya. Takdelah rembat. Aku mintak izin jugak. Mak aku cakap tak guna, aku pun gunapakailah ia. Efek darah pun ada kat kain tu. Guna sirap ros si Adah tu ha. Efek asap pun ada kat belakang tu ha. Pawerrr F4 ni. Boleh pergi jauh ni! eeeee eeeeee









4. One Shot Video (3 Layers) "Dua Insan"

Haaa, video ni semua kumpulan kena buat lagu yang sama. Sebab Dr.N nak tengok ke-kreativiti-an memasing. Aku pun, hape lagi. Terus buat story board, cerita pasal apa nak buat, watak apa segala bagai. Aku plan nak buat kat tempat buruk buruk, busuk busuk...nak kasi nampak lain sikit. Yelah, aku fikir, team lain mesti nak buat kat taman segala bagai. Klise. Aku taknak nampak sama.

So, kami buat kisah seorang pengemis yang akhirnya cinta dia ditolak. Dia siap kena langgar lagi tu dengan kereta. Penat wei scene kereta masuk tu. Asyik kena ulang ulang jugaklah. Habis minyak kereta Adah! Kah kah.

Tapi, aku akui. Tak semestinya apa yang kita buat yang kita rasa pawerr, tapi pawerr kat mata orang lain. Entah entah diorang tak paham pun apa yang cuba disampaikan dalam video ni. Sebab aku tengok mereka macam krik krik krik je masa F4 present video ni. Tapi taktaulah kot dalam hati macam teruja ke kan tapi taknak tunjuk. Ego. Kahkah!











5. One Shot Video (Bahasa Tubuh) "Rantai Kunci"

Kata Dr.N, video macam ni, walaupun takda lagu dan sebagainya, tapi kanak-kanak suka tengok sampai habis. Lagi lagi bila ada bunyi bunyi plastiklah, bunyi mengguntinglah dan sebagainya. Baru tahu sebenarnya. Sebelum ni tak pernah nak ambil tau. Mujur ada Pamoga! Eh, mujur ada subjek ni!


Sunday, December 06, 2015

BBM3410 - Tugasan Pertama (5 Asas Grafik)

Bismillah,

Kami team juniors. Saja ambil subjek ni sekarang. Patutnya kena ambil masa sem 7 nanti iaitu sem terakhir. So, kami pun ber-sekelas-lah dengan the seniors. Dah lah daftar kelas tu lambat, minggu kedua baru masuk ke kelas tu. Tuptuptup terus kena siapkan kerja dalam kelas jugak. Huahua. Bahan apa semua takde. The seniors bolehlah.. dah tau apa nak kena bawak. Tak aci tau!

Tapi, the seniors baik-baik semuanya, bagi pinjam gunting, pisau, selotip .. walaupun adakalanya guwa tengok diorang ni macam krik krik krik jugaklah. Kakaka. 

Apapun, guwa memang enjoy. macam Shafiq, dia stress betul masa ni. Siap plan nak drop taknak ambil subjek ni. Mujurlah beliau tetap kuat. Ingat pesan Dr. "kena redho". 

Apa kerja kami kena buat? Hmm, kami kena belek2 majalah dan potong bahagian yang sesuai dengan 5 asas grafik.
1. Warna
2. Keseimbangan
3. Mudah
4. Keseuaian
5. Teks

Masa tu jugaklah kami pergi beli majalah, gam dan sebagainya kat Flat Ikan. Kau rasa? Mujur ada Syamil dan motornya. 

Pembikinannya pun perlu kemas. Masa tengah buat benda ni semua dengan Adah dan Shafiq, aku siap kena warning dengan depa. Jangan usik! Sebab kerja aku mencomotkan benda-benda tu semua. Kahkahkah. 

Oh masa ni nama F4 belum wujud. Masa ni kitorang letak nama kumpulan T3. Sebab kitorg tiga orang. (T3 = Three Tiga). Nama kumpulan ni wujud pun sebab kitorang nak cepat-cepat siapkan kerja. Memandangkan kat muka depan black board tu, kena tampal tampal huruf yang dipotong daripada majalah je boleh. Tulis tak boleh. So, buat apa nak guna nama panjang panjang kan? Bijak kan kami? Ngeh.

Tiba-tiba Rafi aka Raff pun berniat nak daftar kursus ni. Yelah, Buddyzz mana boleh terpisah. Makanya, nama kumpulan kami pun bertukarlah jadi F4. Itu sahaja. Sekian~







Saturday, December 05, 2015

BBM3410 : Tentang Penulis

Assalamualaikum,


Nur Hidayu Binti Esahal (176120) nama diberi. Lahir pada 30 Mac 1993 di Hospital Besar Seremban. Ya, sekarang aku sudah berumur 22 tahun. Pelajar tahun 3 di Universiti Putra Malaysia serta mengambil kursus Bacelor Sastera (Bahasa & Linguistik Melayu). Semester ni aku ambil subjek BBM3410 Bahasa dalam Multimedia. Dan... bersedialah kalian untuk menerima entri bertubi-tubi daripada aku mengenai subjek ini. Hihihi.

Terima kasih . ^^

Tuesday, October 13, 2015

Kenangan

Assalamualaikum,


Selamat siang jika kalian membaca blog ini pada waktu siang dan selamat malam jika kalian membaca blog ini pada waktu malam. Hiks.

2010 - 2015 . Lama juga rupanya aku bergelar sebagai seorang blogger. Kalau nak diikutkan, ada banyak entri yang pernah dipos dalam blog ini, tapi beratus-ratus sudah diprivatekan. HAHA.

....sebab, banyak benar entri terlalu merepek sebelum ni. Tapi ada je yang best (diri sendiri je cakap best). Dulu dah lah suka buat komik yang dibuat sendiri dengan susah payah guna paint pastu pos kat sini. Hmppp rindu. ><

Daripada dunia blogger lah aku mula berjinak-jinak dengan coding, photoshop dan sebagainya. Dulu suka sangat buat header gerak-gerak, tukar-tukar template blog,..tapi jenis suka buat sendiri, tu yang pandai sikit-sikit coding tu. Tapi sekarang dah lupa. :(

Pastu siap pernah ambil upah design full template blog orang . Macam kelakar je bila fikir balik. Upah buat header pun pernah ambil.. satu design, RM5. Bayar dengan topup! Haha

Hmm, rupanya memang benda itu yang aku minat. Dari dulu sampailah sekarang. Kenapa ha aku tak pernah terfikir nak ambil jurusan Art and Design? Hahaha aipp.. jangan nak kenapa kenapa dah. Ini rezeki kau Yuu. Okay lupakan apa yang aku tulis dalam perenggan ini full stop

Semenjak dah tak berapa aktif dalam dunia blog ni, template blog pun terus pakai yang simple punya. Header pun buat simple2 je. Dah malas. Haha . Padahal duluuu... beriya kauu

Okay, pernah juga terfikir nak lupakan terus dunia blogger, delete terus blog, tapi sayang. Terlalu banyak sangat kenangan. Daripada sinilah aku kenal dengan kawan-kawan daripada Bloggers Chat Room (BCR) . Yang dahulunya merupakan kawan maya tapi sekarang dah tak maya dah. Dah berpuluh-puluh kali jumpa dah. Gathering sana sini. Siap pernah tidur rumah, makan-makan, join program dan sebagainya. So , macam mana aku nak delete semua ini sedangkan ini adalah permulaannya kisah kita kau aku.

Apakah aku perlu aktif semula menulis blog? Menukar style penulisan daripada berbentuk peribadi kepada ilmiah atau info-info penting?

hmm.. malas cakap. Sebab takut hangat-hangat tahi ayam.

So, layan jak laaa.

^^


Monday, June 29, 2015

Rindu

Assalamualaikum,


Hmmm, hai. Sekarang tengah cuti sem. Baru je habis final exam semester 4 baru-baru ni. Oh, rupanya aku hanya update blog masa tengah cuti sem je kot? ha ha.

Well, macam biasalah. Banyakkkk sangat benda nak diceritakan sampai taktau apa nak cerita. Masa musim kuliah sedang berlangsung kan, aku pernah rasa tak tahan sangat nak hadap sem ni. Rasa macam teruk dan stress melampau. Assignment, hafal skrip lakonan, duit, masa...? Arghh

....dan, bila dah habis ni, mulalah rasa rindu pula. Mengada kan?

Rindu.. rindu semua.. rindu katil kolej, rindu kawan-kawan, rindu bilik kuliah, rindu lecturer. Rindu.. rindu semuanya. Padahal baru je beberapa hari tinggalkan kolej tu. Haha.




Oklah, memandangkan sekarang tengah bulan puasa, jadi aku nak ucapkan selamat berpuasa. Puasa tahun ni lain sangat. Kat rumah mak takde. Mak dah setengah bulan kat hospital. Jaga abang yang eksiden 3 hari sebelum Ramadhan. Patah kaki kiri, hancur teruk tulang bawah lutut, dan tercabut tulang pinggul. Allah, doakan abang aku. Moga dia kuat . Hari ni 29 Jun 2015, hari kaki dia di-operate. Dah 8 jam dalam bilik pembedahan tu tak keluar-keluar lagi. Risau pula rasa. Hmm, insyaAllah semuanya kan baik-baik aja.

So, baju raya tahun ni warna apa? Hehe. Aku? Entahlah. Tak fikir lagi. Mungkin pakai baju lama saja kot. Dan sebenarnya aku lebih risaukan makanan untuk sahur dan berbuka ni. Hari-hari kena masak sampai dah buntu memikirkan mau masak apa. Haha. Terima kasih mak sebab sudi membuntukan diri bertahun-tahun memikirkan mau masak apa untuk anak-anak mak. Love you mak.

....dan aku rindu kita adik beradik ramai-ramai berkumpul berbuka puasa sama-sama ...semua sekali enam orang..  bersama emak ayah. lapan orang. Oh, tambah abang ipar, Umar dan Piya, sebelas orang. Moga ada harinya nanti.


InsyaAllah. :)



Thursday, February 19, 2015

Sayang

Assalamualaikum,

21 tahun 11 bulan. Aku rasa masih terlalu kurang kasih sayang aku sebarkan terhadap manusia lain. Keluarga, sahabat, guru, orang sekeliling.

Aku akui, aku ada sedikit masalah komunikasi sebenarnya. Nak mesra dengan orang, ambil masa. Orang nampak saja aku macam peramah. Tapi hakikatnya errr. Susah. Kebiasaannya , aku lebih banyak mendiamkan diri.

Benda yang betul-betul buat aku terkilan, hubungan aku dengan roommate sem lepas (sem 3) . Entah, ada sorang tu, nama dia, tinggal kat mana, pun aku sudah lupa. Kitorang tak pernah duduk berbual dan lepak bersama. Makan-makan bersama. Aku tak salahkan diorang. Tapi aku rasa semua ni salah aku. Tak pernah nak cuba rapat-rapat dengan diorang. Padahal sebelum masuk sem 3, aku sudah tanamkan niat untuk terima roomate baru seramai 3 orang dengan mesranya. Mesra bagi aku adalah 'gila-gila'.

Tapi, suasana dalam bilik, hanyalah sendu beb. Sampaikan aku rasa, aku tak pernah seronok ada dalam bilik. Aku .. Aku rasa aku macam orang asing. Entahlah, bukan sebab kita ada gaduh-gaduh ke apa. Tapi sebab benteng di antara kita belum dipecahkan. Dan aku terkilan dengan sikap aku. Aktif berpersatuan. Banyak join kem. Jadi fasi segala bagai. Tapi tak pandai - pandai lagi nak aplikasikan. Dengan roomate weh. Orang yang sepatutnya kau rapat. Sayang. :'(

Sem depan (sem 4) , aku buat keputusan untuk bertukar bilik. Satu bilik semula dengan roomate lama masa aku sem 1. Tapi, entah kenapa, jauh di sudut hati, aku masih rasa macam mahu putarkan semula masa. Dan kita beramah mesra. Aku belikan kau orang makanan, hadiah. Allah, indahnya. :')

Enda apalah. Aku akan jadikan semua ini pengajaran supaya aku akan lebih pandai lepas ini.

Supaya aku lebih pandai sebarkan kasih sayang terhadap makhluk di sekelilingku.

Biar orang sebar benci, kita sebarkan kasih sayang. InsyaAllah.

Maafkan aku, roommate 221, blok L4, kolej 12 , sesi 2014/2015.

Rumetmu - Yuu.

Sunday, February 15, 2015

Rajuk

Assalamualaikum,


Malam-malam begini, tiba - tiba aku teringat kisah nasi goreng menangis. Tak, bukan nasi goreng yang menangis. Tapi aku. :')
Ketika itu, aku terlalu sangat memerlukan orang-orang yang paling rapat dengan aku.

Tapi,

"Tak semua benda yang kita nak, kita akan dapat"

Kena sematkan ketat-ketat dalam dada kata-kata ini. Usaha apapun.

Ya, jujur aku merajuk. Orang tanya kenapa aku menangis?

Aku kata -- Nasi goreng ni pedas.

Tipu! Aku kuat makan pedas.

Tak apa. Kisah tangis itu biarlah kau taktau. Terkadang rasa ingin membalas. Biar nanti kau susah, aku ketawa berdekah-dekah. Seinci aku tak mahu tolong. Tapi, itukah sifat orang baik-baik? Mau jadi baik ke jadi jahat aku ni?

Ya Allah, ampunkan dosa aku . Jauhkan aku daripada mengikut telunjuk syaitan.


Lihat kebaikan dia, dan renung dosa diri sendiri. Mahu tambah lagi atau kurangkan .. atau. .. malas nak peduli?


Mati nanti apa nak jawab?

*garu kepala*

Lagi Dari Yuu