Bismillah,
Alhamdulillah, berakhir juga semester 5 ni (tinggal final exam je lagi). Dan berakhir jugalah kursus BBM3410 Bahasa Dalam Multimedia. Happy dan sedih bercampur baur kot. Sob sob.
Sem ni lah kawan-kawan asyik duk perli.., "Yuu, kau ni budak Bahasa Melayu ke budak Multimedia?"
Haha. Mana tidaknya, kerja aku asyik duk ngadap photoshop, photoshop, photoshop, movie maker. Ngeh. Apa boleh buat kawan, dah minat kan. Sampai ada yang cakap aku ni salah ambil kos. Haha. Yang itu, tak kot kawan. Sebab ilmu ni, takde tersalah-salahnye kan. Belajar je lah apa-apa pun. Terlebih-terkurang, semua tu ilmu. :)
Ahem, sebelum aku ambil kursus ni pun aku ni memang dah jadi designer dah pun (walaupun tak bertauliah) sebab aku memang ambil upah design poster, banting, banner dan sebagainya, satu design RM30 je aku ambil. Alhamdulillah, bolehlah buat tambah tambah duit belanja. Kalau ada event kolej, kadang-kadang aku buatkan poster. Macam teater kami untuk minor Seni Persembahan ni, poster semua aku yang uruskan. No hal. Hihi.
So, disebabkan aku dah biasa dengan edit mengedit ni, aku takda masalah sangat dengan kursus ni. Kawan-kawan pun banyak tanya kat aku pasal itu ini. Masa kelas amali, aku bukan dapat duduk kat komputer buat kerja aku sangat. Ada saja yang memanggil. Haha.
Tapi serius. Kursus BBM3410 ni adalah kursus major yang paling seronok sekali. Sebab jenis kepala aku ni, jenis kepala amali. Bukan kepala teori. Teori teori ni aku tak dapat hadam sangat kekadang. Sebab tu memang henjoy terlebih dengan kursus ni. Sampai orang lain sangkakan budak Multimedialah. Haha.
Sepanjang aku bersama dengan F4, sepanjang kami terima begitu banyak tugasan, kami selalu ada masalah dengan sesuatu yang bernama "Masa". Iya, masa. Ada yang boleh nak shooting hari ini. Ada yang tak boleh. Ada yang boleh hari itu. Ada yang tak boleh. Sampaikan konflik mula timbul. Masa asyik dapat tugasan one shot video dulu, mak Adah pulak sakit. Masuk hospital. Masa ni aku sedar, ni semua ujian untuk kumpulan kami. Bagaimana untuk kami cari jalan penyelesaian. Bagaimana untuk kami siapkan tugasan dalam waktu yang telah ditetapkan. Adakah kami akan faham masing masing atau tidak. Alhamdulillah, walaupun begitu banyak konflik berlaku, kita (F4) masih berdiri dengan kukuh dan dapat siapkan tugasan dengan ohhhsem kan? Nak menghasilkan satu satu video kadang kadang bikin nangis. Tapi, segalanya berbayar bila kita present di depan, dan orang yang menonton suka tengok. Heee. Kan kan?
Aku mula faham, nak bekerja dalam produksi, bukanlah perkara yang mudah. Kalau sebelum ni, aku cuma lihat hasil terakhir sesuatu produksi di pawagam atau pun TV. Lepas tu pandai aku kritik. Pot pet pot pet mulut aku dok kritik sambil menonton. Padahal, aku tak tahu kerja-kerja produksi tersebut sebelum ni macam mana. Entah-entah diorang pun nangis nangis nak bikin. haha. So sekarang, bila aku sendiri dah merasa bekerja dalam produksi, barulah aku tau macam mana susahnya nak menghasilkan sesuatu yang buat orang suka menontonnya. Bila orang komen tak ok, pandai pulak tacing. Eh taklah. guwa hati kayu. Tak kuasalah nak tacing tacing ni. Perempuan sangat. Apapun, lepas ni aku akan hargai hasil orang lain. Sebab aku faham. Semua orang nakkan yang terbaik. Komen atau kritikan itu perlu, tapi membina la. Lagi lagi untuk menaikkan mutu perfileman negara kita ni. Pehhhh gitewwww~
Dr.Normaliza pulak nampak je macam tegas. Tapi memang tegas pun. Haha. Aku memang dari awal suka dengan cara Dr.N ni. Sebab kepala dia sama kepala praktikal macam aku ni ha. So, memang boleh masuk. Haha. Kelas Dr.N pun aku tak pernah ponteng atau datang lewat. Yang tak pernah masuk lewat tu sebab dia dah ugut dah. Pukul 10 tepat je, dia kunci pintu. Kahkah. Dan dia memang betul-betul buat. The seniors la kena. Tak pasal pasal tak dapat present video hari kejadian. Memang mengharukanlah guwa cakap. Ada lagi ke yang nak datang lewat lepas tu? Kau rasa? Kahkahkah
Lepas tu kena update semua kerja dalam blog pulak. Aku ni dah la dah lama tak hapdet blog. Yeah, aku ni memang seorang blogger since 2010 lagi. Dulu memang aktif. Kawan kawan blogger pun ramai. Sampai sekarang masih berhubung rapat lagi. Gathering bagai. Tapi nak update entri tu jarang jarang dah. Entri lama lama pun aku dah private semua. Kihkih. So, bila terpaksa kena hapdet blog ni, macam menarik narik aku untuk kembali blogging macam dulu jugaklah. Mengimbau betul!
Assignment yang paling susah ialah nak dapatkan 10 likes daripada Dr.N untuk gambar yang dipos di Instagram. Huahua. Buktinya, aku cuma berjaya dapat 7 likes saja. Huaaa. Entah berapa banyaklah gambar yang dipos tapi tak ber-like. Sampaikan terfikir jugak. Dr ni nak gambar yang macam mana sebenarnya. Tak paham hakuuu. Tapi yang lawaknya tu, bila dapat notification "drnormaliza liked your photo" , punyalah happy. Melompat lompat kau. Terus screenshot pastu share kat dalam whatsapp group. Kahkah. Jakun dia tu macam tak pernah dapat like daripada sesiapa pun. Gitu.
Alah, sem depan jumpa lagi Dr.N ni dalam kelas Kaedah Penerbitan Drama pulak. So, takde la nak rindu rindu apa sangat pun aih. Takde la sedih sangat dah habis kelas ni sebab aku jangkakan sem depan punya pembelajaran akan lebih menyeronokkan dan lebih mencabar mungkin? Ah, yang penting, moga lebih henjoy. So, nantikan produksi baru aku sem depan. Ngeh.
Sekian sahaja celoteh panjang lebar daripada seorang Yuu. Maaf jika ada salah silap dalam tutur kata.
Salam sayang.