Tuesday, November 11, 2014

Timang Anak Pada Usia Muda

Assalamualaikum,


Sejujurnya, cemburu juga aku lihat rakan sebaya yang sudah pun menimang cahaya mata penyejuk hati. Semoga sentiasa bahagia kawan. Masaku kelak insyaAllah akan tiba.

Pernah suatu ketika dahulu, bukanlah lama sangat pun, dalam awal tahun 2014 ni juga. Aku bawa anak buahku, Umar yang masa tu berusia  1 tahun 4 bulan ke kampus aku sebab ada meeting Bakti Siswa (Baksis). Uminya pula ada urusan lain, jadi aku bawa dia sorang-sorang tanpa ada sesiapa orang dewasa yang guide masa tu. Haha. Terus rasa macam dah jadi mak mak.

Nak dijadikan cerita, masa dok tunggu train dari stesen Nilai ke Serdang tiba, adalah seorang pakcik ni tegur.

“Mana bapaknya?”
“Errr.. bapaknya kerja.”
“Tulah, muda sangat kahwin. Patut umur 28 ke, sesuailah kahwin masa tu. Ni, muda-muda lagi dah kena bawak anak ke hulu ke hilir.”

Aku cuma senyum.

Apa makna senyumnya aku?

Pertama;
Sebab pakcik tu ingat aku dah kahwin.

Kedua;
Pakcik tu tau aku muda lagi. (Ingatkan nampak matured sangat dah aku ni dengan jerawat merata-rata ni. Ahaks)

Ketiga;
Rasa macam mau cepat-cepat kahwin. (Awaaaa… bawak rombongan datang rumah saya pleaseeee! Eh. )


Tapi pakcik, ada anak diusia mudalah best pakcik! Boleh main-main dengan anak. Boleh cium cium anak sendiri. Ini tidak, asyik dok cium anak orang ja. (Terasa). Juga, sikap bertanggungjawab dalam diri akan lebih mendalam bila sudah ada anak ni.

Bagi yang berpendapat nak kahwin lambat-lambat sebab nak enjoy enjoy dulu masa muda, nasihat aku, ala… dah kahwin kan boleh enjoy enjoy dengan suami pulak. Ekekeke.  Nanti bila umur 28 nanti, mungkin sudah ada anak tiga ke kan. Bukan baru mau kawin. Aiyaa.



Jadi, jum ler kita kawin! Awaaaaa…

Sunday, November 09, 2014

Cerita November

Assalamualaikum,


Err hai? November sudah. Sekarang 2.42 AM. Ekceli, terjaga dari tidur tadi. Terus terasa macam nak update blog lah. Dah lama tak update blog lah. Alang2 mood sudah datang, baik terus buat sebelum terus tak jadi.


Em, apa nak cerita ya? Terlalu banyak cerita sampai tak tau nak cerita yang mana.

Pelajar tahun dua, Bacelor Sastera (Bahasa & Linguistik Melayu), Universiti Putra Malaysia. Ya, aku di sini. Masih  terngiang-ngiang lagi di minda suatu ketika dulu, kata-kata cikguku , Puan A yang kecewa dengan result test kat sekolah dulu, subjek Pengajian Perniagaan (STPM).

"Ayu, awak duduk rumah, kahwin jelah"

katanya dengan muka serius sambil berlalu pergi.


(sentap)

(sentap lagi)

Maaf cikgu dan terima kasih. Mungkin kerana kesentapan itu aku mula kurangkan main. Terima kasih cikgu. Maafkan diri ini andai tidak menjadi apa seperti kau mahu. Walaupun aku masuk ke bidang yang aku sungguh amat sekali tidak meminatinya. Tapi aku jugak yang isinya di pilihan pertama dalam borang kemasukan UPM. Siapa suruh?

Tiada siapa suruh. Cuma aku berpandukan result STPM aku di mana result BM paling ok selepas subjek Pengajian Am. Iya, walaupun aku sungguh sungguh minat Matematik atau subjek kira-kira. Tapi, segalanya terhalang sebab aku tak ambil subjek berkenaan semasa di Tingkatan 6

Titik.

Bersyukur. Tak perlu beri alasan tak suka membaca menghafal. Habis al-Quran itu tak perlu dibaca hafal? Perlu.

Kalau kita guna formula ini:

Tak suka baca hafal = Tak suka subjek tersebut
Tak suka baca hafal = Tak suka subjek BM
Tak suka baca hafal = Tak suka al-Quran?

Oh no. Tak boleh tak suka, sebab kena suka.

Jadi, kalau tak pandai baca, belajar. Kalau tak pandai hafal, belajar. Sebab tu Allah suruh belajar. Boleh. Minat boleh dipupuk. Pemalas je minta dihempuk.

...dan oh ya. Boleh kalau kita sama-sama melayari bahtera sambil ditemani suka duka hidup? Di mana di situ nanti kau akan acapkali dengar tangisnya aku, tawanya aku, ceriteranya aku yang entah bila akan sudah. Ya, aku tunjuk ke arah kau. Kau. Si Burungman . Pergi terbang bebas dulu. Sebelum kau kembali kepadaku dengan senyum dan berkata;

"Mahu menjadi isteri aku?"

("Mahu")


Ikat aku dan bawa aku terbang bersama.



Lagi Dari Yuu