Sunday, November 09, 2014

Cerita November

Assalamualaikum,


Err hai? November sudah. Sekarang 2.42 AM. Ekceli, terjaga dari tidur tadi. Terus terasa macam nak update blog lah. Dah lama tak update blog lah. Alang2 mood sudah datang, baik terus buat sebelum terus tak jadi.


Em, apa nak cerita ya? Terlalu banyak cerita sampai tak tau nak cerita yang mana.

Pelajar tahun dua, Bacelor Sastera (Bahasa & Linguistik Melayu), Universiti Putra Malaysia. Ya, aku di sini. Masih  terngiang-ngiang lagi di minda suatu ketika dulu, kata-kata cikguku , Puan A yang kecewa dengan result test kat sekolah dulu, subjek Pengajian Perniagaan (STPM).

"Ayu, awak duduk rumah, kahwin jelah"

katanya dengan muka serius sambil berlalu pergi.


(sentap)

(sentap lagi)

Maaf cikgu dan terima kasih. Mungkin kerana kesentapan itu aku mula kurangkan main. Terima kasih cikgu. Maafkan diri ini andai tidak menjadi apa seperti kau mahu. Walaupun aku masuk ke bidang yang aku sungguh amat sekali tidak meminatinya. Tapi aku jugak yang isinya di pilihan pertama dalam borang kemasukan UPM. Siapa suruh?

Tiada siapa suruh. Cuma aku berpandukan result STPM aku di mana result BM paling ok selepas subjek Pengajian Am. Iya, walaupun aku sungguh sungguh minat Matematik atau subjek kira-kira. Tapi, segalanya terhalang sebab aku tak ambil subjek berkenaan semasa di Tingkatan 6

Titik.

Bersyukur. Tak perlu beri alasan tak suka membaca menghafal. Habis al-Quran itu tak perlu dibaca hafal? Perlu.

Kalau kita guna formula ini:

Tak suka baca hafal = Tak suka subjek tersebut
Tak suka baca hafal = Tak suka subjek BM
Tak suka baca hafal = Tak suka al-Quran?

Oh no. Tak boleh tak suka, sebab kena suka.

Jadi, kalau tak pandai baca, belajar. Kalau tak pandai hafal, belajar. Sebab tu Allah suruh belajar. Boleh. Minat boleh dipupuk. Pemalas je minta dihempuk.

...dan oh ya. Boleh kalau kita sama-sama melayari bahtera sambil ditemani suka duka hidup? Di mana di situ nanti kau akan acapkali dengar tangisnya aku, tawanya aku, ceriteranya aku yang entah bila akan sudah. Ya, aku tunjuk ke arah kau. Kau. Si Burungman . Pergi terbang bebas dulu. Sebelum kau kembali kepadaku dengan senyum dan berkata;

"Mahu menjadi isteri aku?"

("Mahu")


Ikat aku dan bawa aku terbang bersama.



No comments:

Lagi Dari Yuu