Assalamualaikum,
Sekarang saya sedang mengalami cuti yang agak lama. Aktiviti harian saya, online, menonton tv, makan, tidur. Agaknya kalau berterusan begini, boleh gemuk saya tak lama lagi. >.< Dah usha-usha kerja, masih tak lekat lagi ni. Doakan saya cepat dapat kerja ya? Bukan apa, tangan ni dah tak sabar nak pegang duit ni. Hehe.
Ok baiklah. Cuba kita sama-sama hayati dan teliti cerita dan dialog pendek ini.
Satu kemalangan kecil telah berlaku di jalan raya. Kereta yang terbabit bergesel di antara satu sama lain dan telah mengakibatkan sedikit kerosakan kecil. Kedua-dua pemandu yang terlibat lantas bertindak keluar dari kereta masing-masing dan berlakulah satu pertengkaran mulut.
Pemandu 1 : Kenapa awak langgar kereta saya?
Pemandu 2 : Yang awak pandu kereta pelahan sangat tu, kenapa?
Pemandu 1 : Yang awak tak sabar sangat tu, kenapa?
Pemandu 2 : Ini kereta saya, saya nak laju ke, perlahan ke, yang awak nak sibuk tu kenapa?
Pemandu 1 : Saya pun bayar road tax jugak, yang awak buat jalan ni macam jalan awak tu, kenapa?
Begitulah seterusnya dan mungkin kita dah boleh agak apa kesudahannya kan? Mengapa saya kemukakan perkataan 'kenapa' ini? Perkataan 'kenapa' bermaksud ingin tahu. Apabila kita menggunakan perkataan ini, kita harus berhati-hati dengan intonasi dan nada suara kita. Kebanyakan perbalahan dan pergaduhan akan menjadi lebih besar apabila perkataan 'kenapa' ini digunakan tanpa menggunakan ayat, intonasi dan nada suara yang betul.
Cuba ulangbaca dialog di atas dengan menggunakan nada suara dan intonasi yang berbeza dan lihat sendiri kesannya di minda anda. Mulakan bacaan dengan menggunakan intonasi dan nada suara yang rendah dan perlahan, diikuti intonasi dan nada suara tinggi dan cepat. Selamat mencuba! Saya dah! Hehehe.