Sunday, May 18, 2014

Aku Dan Lampu

Assalamualaikum,



Aku dan lampu. Lampu dan aku.

Sebenarnya tak mau cerita. Sebab macam mengaibkan diri sendiri.

Yang aku sebenarnya takut gelap.


HAHAHAHA

Macam mana budak brutal macam aku ni boleh takut gelap. Pehh. Aib sungguh.

Eh tak. Bukan takut sangat pun. Cuma selalunya kalau tidur kat bilik, aku tak tutup lampu. Tapi kalau tidur sorang-sorang lah. Kalau ada peneman macam kakak, roomate, aku tak ada masalah.

Bila sorang-sorang, aku automatik jadi sukakan lampu.

Ya, paling tepat sekali. Sukakan lampu.

Bukannya takut gelap!



Tapi, bilaku fikir-fikirkan semula.

Itu normal okay.


PEREMPUAN.





Saturday, May 17, 2014

Kahwin Semasa Belajar

Assalamualaikum,


Pagiku ini ditemani oleh hujan. Sejuk.

Nyaman.

Damai.

Aku suka perasaan ini.

Yang kadang buat aku rasa nak berangan. Memikirkan masa depan.

Kahwin?

Ya. Aku juga mau kahwin. Kalau boleh aku mau kahwin tahun depan. Di usiaku 22 tahun.

Aku suka baby. Aku teringin punyai anak sendiri.

Tapi, aku masih study.

Orang kata tak ada masalah menjadi isteri dalam bergelar pelajar.

Tapi itu masalah bagiku. Aku tak mau bebankan sesiapa. Kenduri kahwin pun telan duit ribu-ribu. Itu pakai duit siapa? Duit mak ayah ?

Ohhhh... lupa. Duit hantaran yang suami bagi, bolehlah guna untuk buat kenduri.

Tapi aku pelik. Sebab kenapa si pihak lelaki pulak kena tanggung kenduri bagi pihak perempuan?

Habis lelaki tak perlu buat kenduri? Banyak betul duit lelaki itu.


Itu yang sampai minta hantaran puluh-puluh ribu . Sebab nak buat kenduri. Nak pakai duit sendiri, tak ada. Student lagi. Ya, student lagi.

Sebab itu aku tak berapa nak setuju berkahwin semasa masih bergelar pelajar. Tunggu aku sudah kerja. Tunggu aku kumpul sendiri duit untuk aku menikah. Mungkin hantaran aku cuma 2K -5K . Belanja kenduri semua biar guna duit aku. Aku kesian sama bakal suamiku yang aku sendiri masih tak tau siapa.

Cuma aku bimbang aku tak sempat kumpul duit banyak-banyak. Bimbang tak cukup nak buat kenduri. Target kahwin umur 25 tahun. Sekarang 21 tahun. Mungkin umur 23 baru habis belajar.

Alamak, macam tak sempat je nak kumpul duit banyak-banyak! Haha


Alaaaa... taknak nikah lambat sangat. Nanti sudah kurang suburnya.

Haaa.. Aku tau. Kita kahwin. Kemudian kita buat doa selamat saja. Jamu orang makan sikit-sikit sudah lah.

Islam ada suruh buat kenduri besar-besar ka?


Tidak bukan.

Jadi? Apa masalah?

HAHAHA.






Friday, May 16, 2014

Kembali Di Sini

Assalamualaikum,


Bismillah. Fuh Fuh. Lamanya tak update entry. Ni entry pertama aku di tahun 2014.

Busy?
Eh tak lah. Pura-pura busy saja. 

Aku , dah 21 sekarang. Pejam celik pejam celik. Rasa macam masih 17 tahun lagi. Rasa macam baru je buat blog ini. Rasa macam baru je tulis kat blog ini bahawasanya aku sedang sedih. 

Bahawasanya aku sedang gembira. 

Bahawasanya aku sedang kecewa. 

Tapi sekarang dah bukan di zaman itu rupanya. Aku semakin matang. Semakin lebih berdikari. Semakin comel dan berbudi pekerti. Semakin comel dan berbudi pekerti.

Semakin comel dan berbudi pekerti
Semakin comel dan berbudi pekerti. (Ulang 100x)

Mungkin aku akan kembali menulis di sini. Kerna , aku punya banyak cerita untuk diluahkan. Kerna , aku suka berkongsi cerita. Kerna , aku penulis sepi. 



Sepi , bukan bermakna tak happy.


Lagi Dari Yuu