Tuesday, October 01, 2013

Di Sebalik Kebisuan Aku

Assalamualaikum,

Fuh.. fuh.. Ya Allah.. Lama sungguh aku tak update blog ku ini. Sungguh aku berasa sangat bersalah terhadap sekalian makhluk yang sentiasa menantikan update daripadaku seperti si dia cicak kubing, si paku pakis, dan si cendawan telinga kera. Beta mohon ampun ya.

Sungguh, dek kerana kesibukkan yang terlalu menderu-deru, membuatkan aku sering melupakan blog ku ini. Ah, jangan sibuk kau tanya apa kesibukkan aku. Kalau sepanjang masa aku tidur, kalau sepanjang masa aku makan, itu namanya sibuk jugak kan? Ah, jangan kau peduli.

Ok baiklah, untuk memendekkan cerita, aku sekarang dah mula sambung belajar. Di salah sebuah universiti tempatan. Ambil jurusan Bacelor Sastera ( Bahasa dan Linguistik Melayu). Ya.. ini mungkin salah satu sebab kesibukan aku. Walaupun hakikatnya, aku lebih sibuk tidur. Ahhh.. jangan kau peduli.

Namun, hakikatnya, aku suka kau peduli. HAHAHA

Dan, hakikat lagi satu, aku sangat memerlukan doa daripada kalian. Doakan yang baik-baik untuk aku.

Sayang semuanya! 



2 comments:

GADIS TERBILANG said...

GT nk bg Rm100 ni http://gadisterbilang.blogspot.com/2013/10/say-no-to-paraben-share-and-win-rm100.html

~ Cik Azz ~ said...

Woww...
Bachelor sastera... ailaikk.. :)

Pasni boleh la share apa yang Yuyut belajar tu ehh...

*Moga sukses selalu.. Amin...

Lagi Dari Yuu