Thursday, December 17, 2015

BBM3410 - Ulasan Buku

Bismillah,



1. Wacana Bahasa



Buku “Wacana Bahasa” yang dikarang oleh Prof. Madya Dr. Normaliza binti Abd Rahim menekankan aspek analisis wacana yang dapat memberi gambaran yang jelas terhadap wacana bahasa. Maksud istilah wacana ialah keseluruhan tutur yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan, dan percakapan. Selain itu, wacana merupakan kesatuan fikiran yang utuh, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Bahasa pula adalah penggunaan kode yang merupakan gabungan fonem sehingga membentuk kata dengan aturan sintaks untuk membentuk kalimat yang memiliki arti. Penulis telah menghimpunkan 9 jenis penulisan dalam buku tersebut mengikut bab.

     Dalam bab 1, membincangkan mengenai teater kanak-kanak yang dikatakan mampu menarik minat pelajar dalam mempelajari bahasa Melayu. Hal ini kerana, teater merupakan salah satu media yang melibatkan karektor dan jalan cerita yang menarik perhatian penonton dan boleh dikategorikan serta satu bentuk perniagaan yang mampu menjana kewangan. Pendedahan teater sangat kurang di peringkat sekolah dan menjadi sesuatu yang ditunggu-tunggu kerana amat jarang sekali dapat menonton persembahan teater tersebut.

            Kajian yang dijalankan memberi fokus kepada pandangan anak-anak yatim terhadap teater kanak-kanak. Objektif kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti pandangan anak-anak yatim yang menonton teater fantasi dan kajian yang dijalankan juga  menganalisis persepsi anak-anak yatim dalam perbincangan bersama kawan lain. Berdasarkan kajian yang dijalankan, satu kesimpulan bahawa pendedahan teater pada golongan kanak-kanak adalah sangat baik berdasarkan kajian yang dijalankan kerana pendedahan terhadap teater memberi ruang untuk berfikir secara kritis dan beberapa kebaikan yang lain.

            Bab 2 ialah Penggunaan Media Teknologi. Penggunaan media teknologi yang memfokuskan pada penggunaan media teknologi pada masa kini dengan pelajar. Media teknologi seperti video kamera dapat memberi ruang kepada pelajar untuk belajar dan mengaplikasikan dengan pembelajaran bahasa ketika di dalam kelas. Oleh itu, aktiviti menggunakan video kamera dapat meningkatkan keyakinan pelajar dalam memberikan pendapat terhadap sesuatu perkara.

            Kajian yang dijalankan bagi tujuan untuk membina keyakinan diri dan dengan menggunakan teknologi media, pembelajaran akan lebih menyakinkan. Objektif dalam kajian pula untuk mengenal pasti langkah-langkah serta membincangkan analisis perbualan pelajar dalam proses membuat aktiviti. Hasilnya, pelajar mempunyai keyakinan yang tinggi dan berjaya memberikan tumpuan dan menerima pandangan yang lain. Pelajar begitu aktif mengendali aktiviti ini dan aktiviti ini perlu diberi tumpuan dan perhatian yang lebih.

         Seterusnya bab 3 pula adalah Penulisan Papan Cerita. Penulis memberikan tumpuan kepada kajian pengenai penulisan papan cerita. Papan cerita adalah merupakan salah satu aktiviti secara individu atau kumpulan dalam menyusun cerita yang ingin disampaikan. Papan cerita bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan pelajar dalam pembelajaran tetapi ia juga dapat memberi ruang kepada pelajar untuk belajar menyusun ayat yang gramatis.

         Kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti langkah penyediaan papan cerita serta menganalisis perbualan subjek semasa proses penyediaan papan cerita. Subjek dikehendaki menyediakan langkah-langkah penulisan papan cerita dan akhirnya menerbitkan pantun tersebut dengan berpandukan papan cerita. Hasilnya, masyarakat dapat mengenali semula sastera Melayu lama ini.

       Bab 4 pula adalah kajian mengenai Pantun Melayu. Dalam bab ini memaparkan tentang penggunaan pantun di dalam kelas. Pantun merupakan salah satu genre kesusasteraan Melayu dan juga dipelajari bukan sahaja oleh pelajar di Malaysia malah pelajar dari luar negara. Adalah menjadi kebanggaan apabila pelajar dari luar negara ingin mempelajari pantun Melayu. Oleh itu, pantun dapat memberikan mereka ruang untun berinteraksi dengan rakan yang lain. Kajian ini memberi fokus kepada analisis wacana interaksi pelajar semasa perbincangan kumpulan kecil. Hasilnya, kajian ini dapat memberikan pelajar tersebut untuk mempelajari dan mengenali dengan lebih mendalam berkaitan pantun Melayu.

        Bab 5 pula adalah mengenai Sajak Melayu yang  telah memfokuskan kepada perbincangan tentang penggunaan sajak sebagai salah satu aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Melalui perbincangan pelajar akan dapat memahami setiap baris di dalam sajak yang dikemukakan. Oleh itu, sajak merupakan salah satu cara yang dapat meningkatkan keyakinan pelajar di dalam kelas. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis perbualan pelajar dalam membincangkan dua buah sajak oleh A. Samad Said iaitu Jika dan Waris Bertuah. Hasilnya, kajian ini dapat memberikan manfaat kepada pecinta sajak Melayu moden dan memberikan petunjuk di mana orang luar juga dapat memberikan pendapat mengenai sajak Melayu moden.

          Dalam bab 6, Kata Kerja dalam Cerita Binatang membincangkan berkaitan penggunaan kata kerja dalam cerita binatang. Oleh kerana kanak-kanak di sekolah dapat mengenal kata kerja dalam ayat namun tumpuan adalah kepada pelajar istimewa yang mempunyai sindrom Asperger. Sindrom Asperger merupakan salah satu diagnostik yang diberikan oleh doktor pakar kepada kanak-kanak yang berumur tiga tahun. Selepas itu, kanak-kanak ini akan ditempatkan di sekolah khas bagi tujuan pembelajaran yang berlainan dari kanak-kanak normal. Kajian ini mempunyai dua objektif iaitu untuk mengenal pasti kata kerja serta menganalisis perbualan pelajar sindrom Aspeger di dalam kumpulan. Hasilnya, kajian ini memberi manfaat kepada guru sekolah untuk memberikan ruang yang sesuai untuk pelajar ini menjalankan aktiviti mereka.

         Dalam Bab 7 yang bertajuk Antonim Bahasa Melayu memaparkan tentang penggunaan antonim bahasa Melayu di dalam pembelajaran. Di sekolah antonim disebut sebagai ‘perkataan berlawanan’ dan pelajar amat gemar apabila antonim diajar di dalam bentuk aktiviti di dalam kelas. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti serta membincangkan penggunaan antonim bahasa Melayu dalam kalangan pelajar asing. Hasilnya, pelajar asing perlu sebanyak mungkin perkataan baharu untuk dipelajari dan juga memerlukan contoh yang baik supaya mereka memahami konsep yang disampaikan.

       Di samping itu, dalam Bab 8, tajuk wacana ialah Penerapan Nilai Sosial Melalui Lakonan Cerita, membincangkan tentang penggunaan lakonan cerita dlam mengenal pasti nilai social. Nilai sosial amat penting bagi pelajar sindrom Asperger. Oleh itu, lakonan cerita akan membuatkan mereka memahami dengan lebih baik lagi. Objektif kajian yang dijalankan adalah untuk mengenal pasti dan menyenaraikan nilai sosial dalam kalanga kanak-kanak sindrom Aspeger. Hasilnya, pelajar faham akan konsep nilai sosial yang disampaikan dalam bentuk lakonan cerita.


      Dan akhir sekali iaitu bab 9 bertajuk Nilai Murni dalam Peribahasa Melayu memfokuskan kepada penggunaan peribahasa Melayu di dalam situasi bersama pelajar di dalam kelas. Selain itu, peribahasa Melayu juga mengandungi nilai murni yang dapat memberi pengajaran kepada masyarakat. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti serta membincangkan jenis peribahasa yang mengandungi nilai murni dalam kalangan pelajar Korea. Hasilnya, kajian ini dapat memberi manfaat kepada pelajar asing yang mempelajari bahasa Melayu dan budaya Melayu di mana peribahasa merupakan salah satu cara menyampaikan nilai murni ini.





3. Learning Through Blog Writing "Embracing The Technology"





Buku yang ditulis oleh Prof. Madya Dr. Normaliza Abd Rahim ini menceritakan tentang penulisan blog, cara-cara membuat blog, peranan blog dan pelbagai lagi. Terdapat 8 bab dalam buku ini yang dapat memberikan maklumat yang berkesan kepada pembaca yang berminat untuk mendalami dunia "blogging".


     Dalam bab 1, penulis ada menyatakan bahawa blog merupakan sebuah perbincangan dalam bentuk penulisan formal atau tidak formal. Blog juga boleh digunakan untuk tujuan peribadi seperti perkongsian cerita mengenai kehidupan seharian atau jurnal dan boleh juga digunakan untuk urusan perniagaan. Selain itu, blog dianggap sebagai alat perhubungan penting pada era kini dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada. Bagi meningkatkan teknik penulisan berkesan pelajar digalakkan dengan penulisan blog. Hal ini akan dapat meningkatkan keyakinan pelajar dan secara tidak langsung memberi motivasi kepada mereka. Blog juga dapat memberi pengkongsian kepada pembaca dengan apa yang di tulis oleh pemilik blog melalui komen-komen yang ditinggalkan. Disamping itu, dalam penulisan blog pengguna mestilah mematuhi etika blog agar tidak menimbulkan pergaduhan dan sikap tidak puas hati antara satu sama lain.


     Dalam bab 2 menerangkan mengenai kajian yang dilakukan dalam penulisan blog. Penulis memberitahu bahawa pembelajaran melalui media sosial mendatangkan kelebihan kepada pelajar. Antara kelebihannya ialah memotivasikan pelajar dan dalam masa yang sama kesentrasi yang baik dalam pembelajaran mereka. Biasanya, tugasan akan diurus dengan baik apabila pelajar menggunakan media untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan kepada mereka. Hal ini kerana berbanding dengan pembelajaran tradisional ia mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan sesuatu tugasan. Akan tetapi dalam masa yang sama, pembelajaran melalui media juga mendatangkan keburukan bukan sahaja kebaikan kepada pelajar.


     Selain itu, bab 3 menerangkan mengenai perspektif atau pandangan terhadap pembelajaran blog. Dalam bab ini penulis mengfokuskan terhadap pandangan pelajar terhadap pembelajaran blog dengan mengenal pasti beberapa objektif kajian iaitu membincangkan jenis penulisan yang dipilih oleh pelajar apabila menulis di dalam blog. Penulis telah membahagiakan tiga bahagian bagi mendapatkan keputusan kajian yang berbeza. Dalam masa yang sama penulis menerangkan mengenai penulisan blog sebagai alat pengajaran dalam pembelajaran bahasa kedua dan blog juga banyak membantu pelajar yang mempunyai satu aliran yang sama iaitu kesusateraan melayu, bahasa melayu dan multimedia.



     Dalam bab 4 pula, penulis membincangkan mengenai penulisan dalam blog untuk meningkatkan pembelajaran. Penulis telah membuat kajian ke atas pelajar korea di Hankuk Universiti Foreign, Korea. Objektif kajian ialah mengenal pasti dan membincangkan isi kandungan dalam penulisan blog antara pelajar. Dalam kajian ini, pelajar perlu menulis segala aktiviti semasa mereka. Pelajar memberi kerjasama dalam kajian ini, mereka sangat gembira untuk berkongsi pengalaman, perasaan dan kaedah kepada pembaca yang lain. mereka merasakan dengan penulisan blog dapat membina keyakinan mereka untuk mempelajari bahasa asing.



     Bab 5 pula, penulis berkongsi kisah Autumn dalam penulisan blog. Dalam kajian ini, penulis telah memilih pelajar daripada university Hankuk Foregn , Korea. pelajar diwajibkan menulis cerita berkisarkan aktiviti seharian mereka. Aktiviti tersebut diadakan pada waktu autumn. Penulisan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan yang mestilah terdiri daripada kata abjektif dan kata kerja yang telah mereka sepanjang semester tersebut. Hasil kajian mendapati kesemua pelajar Berjaya menggunakan kata abjektif dan kata kerja yang telah mereka belajar di dalam blog. Selain itu, para pelajar di beri peluang untuk membuat penulisan di dalam blog mereka sendiri dan mereka begitu yakin untuk menggunakan kata abjektif dan kata kata kerja dalam penulisan mereka.



     Ulasan bab 6, tajuk dalam bab ini dilihat agak menarik untuk dikongsian kepada pembaca. Penulis cuba mengetengahkan aspek blog sebagai media pembelajaran bahasa kesusateraan. Objektif kajian ialah mengenal pasti dan menganalisis fungsi blog sebagai medium bahasa dalam pembelajaran bahasa melayu dalam kalangan pelajar korea. hasil kajian ini, mendapati pelajar menggunakan blog sebagai salah satu proses pembelajaran bahasa dan kesusasteraan dengan yakin dan berupaya dalam kesusasteraan melayu. Kajian ini secara tidak langsung telah memberi idea kepada para akademik untuk mempelbagaikan cara pembelajaran dan member peluang kepada pelajar untuk menulis dan terus menulis. Disamping itu, blog juga menjadi medium kepada pengguna untuk melepaskan stress apabila seharian bekerja. Walau bagaimanapun, pemilihan kata-kata yang sopan mestilah dititik beratkan agar tiada pihak yang terguris dengan kenyataan yang dikeluarkan.



     Bab 7 ini pula, penulis mengajak pembaca untuk memulakan blog. Kepada individu yang masih tidak memiliki blog. Langkah pertama ialah pastikan anda mempunyai akaun email dan langkah seterusnya barulah anda membuat blog. Dalam bab in, penulis memberi penjelasan secara terperinci mengenai cara untuk membuka akaun blog. Dengan wujudnya blog, sudah pasti setiap individu akan berkongsi suka duka dalam hidup mereka kepada pengguna blog yang lain.


     Terakhir ialah bab 8, dalam bab ini menerangkan etika dalam penulisan blog. Kata orang tua apabila hendak masuk ke dalam rumah mesti mulakan dengan member salam bagi yang muslim. Begitu juga dengan penulisan blog, untuk menulis dalam blog mesti mematuhi etika. Apa etikanya? Pertama ialah mestilah memilih perkataan. Perkataan yang hendak digunakan semasa penulisan blog mestilah tidak menimbulkan kontrovasi atau menguris mana-mana pihak. Seterusnya, struktur ayat. Ayat yang digunakan tidak berbelit-belit dan sukar untuk difahami oleh pembaca blog yang lain. penulisan blog juga mestilah mematuhi peraturan gramatis. Gramatis dari segi memilihan kata yang gramatis dan mudah difahami. Etika terakhir ialah, sensitibiliti. Maksudnya. Pengguna blog mestilah mengelakkan menulis perkara yang menyentuh sensitibiliti antara satu sama lain. contohnya, perkauman, keagamaan, dan sebagainya kerana bimbang akan berlaku hal yang tidak diingini.



     Kesimpulannya, buku ini sangat sesuai untuk dijadikan bahan untuk menambahkan ilmu pengetahuan mengenai blog. Dunia era globalisasi agak pelik jika seseorang tidak memilii akaun blog. Hal ini kerana semua maklumat di kongsikan dalam blog jadi jika mereka yang tidak memilki blog, mereka akan ketinggalan dalam pembelajaran. Banyak kajian dilakukan oleh penulis buku ini untuk berkenalan dengan lebih mendalam dunia media (blog). Dalam keseronokan menulis dalam laman blog, etika penulisan blog jangan diabaikan kerana ia memainkan peranan yang sangat penting untuk memelihara hubungan antara satu sama lain dan mengalakkan pelajar berdisplin dalam kehidupan mereka seharian.

No comments:

Lagi Dari Yuu